Advertisement
Canada markets closed
  • S&P/TSX

    22,308.93
    -66.90 (-0.30%)
     
  • S&P 500

    5,222.68
    +8.60 (+0.16%)
     
  • DOW

    39,512.84
    +125.08 (+0.32%)
     
  • CAD/USD

    0.7317
    +0.0006 (+0.08%)
     
  • CRUDE OIL

    78.20
    -1.06 (-1.34%)
     
  • Bitcoin CAD

    83,232.82
    -2,898.53 (-3.37%)
     
  • CMC Crypto 200

    1,260.35
    -97.66 (-7.19%)
     
  • GOLD FUTURES

    2,366.90
    +26.60 (+1.14%)
     
  • RUSSELL 2000

    2,059.78
    -13.85 (-0.67%)
     
  • 10-Yr Bond

    4.5040
    +0.0550 (+1.24%)
     
  • NASDAQ

    16,340.87
    -5.40 (-0.03%)
     
  • VOLATILITY

    12.55
    -0.14 (-1.10%)
     
  • FTSE

    8,433.76
    +52.41 (+0.63%)
     
  • NIKKEI 225

    38,229.11
    +155.13 (+0.41%)
     
  • CAD/EUR

    0.6789
    +0.0011 (+0.16%)
     

Tip: Cara elak tanda biru pada Whatsapp

Mungkin ramai sudah mengetahui Whatsapp memperkenalkan fungsi baru iaitu dua tanda biru yang menunjukkan mesej telahpun dibaca penerima apabila anda menghantarrnya.

Untuk rekod, sebelum ini Whatsapp turut memperkenalkan fungsi ‘last seen’ yang menunjukkan bila kali terakhir pengguna membuka mesej dalam aplikasi tersebut serta dua kali tanda kelabu yang menunjukkan mesej sudahpun diterima di pihak sebelah sana.

Dua fungsi lama tersebut saja sudah banyak mencetus kontroversi terutama dalam aspek perhubungan. Sebelum pergi jauh, kita perlu memahami kehendak membalas mesej dengan cepat di zaman teknologi ini namun banyak juga perkara yang membataskannya.

Contohnya, jika tanda kelabu sekalipun bukan bermakna kita perlu segera membalas mesej apabila mungkin berada dalam tandas, sedang memandu dan sebagainya. Last seen pula boleh menyebabkan kacau bilau sekiranya lambat atau langsung tidak membalas mesej dan dituduh pula curang dan sebagainya.

ADVERTISEMENT

Jadi bagaimana untuk menghapuskan tanda biru yang sudah pasti menghuru-harakan suasana jika tidak kena pada tempatnya?

Antara langkah yang boleh diambil termasuk:

1. Jangan kemaskini kepada Whatsapp 2.11.12. Sejauh mana anda boleh bertahan? Ia bukanlah untuk jangka masa panjang. Lambat laun, anda perlu juga kemaskini tetapi buat masa sekarang, tak perlulah!

2. Sebelum membaca mesej, tutup data anda dan kemudian aktifkan mod pesawat

3. Anda masih boleh membaca mesej tanpa perlu ditanda biru dengan mengaktifkan notifikasi Whatsapp di depan skrin ketika telefon dalam mod lock. Cara ini boleh digunakan untuk iOS atau Android. Tetapi untuk iOS, anda hanya boleh baca line pertama saja namun untuk Android ada 5 line.

4. Tutup saja Whatsapp dengan tidak mengaktifkan data. Kalau si dia bertanya, cakap saja nak jimat bateri. Baca bila anda rasa mahu saja.