Honor 3C vs Redmi 1S, Mana Best?
Telefon Huawei Honor 3C ialah sebuah peranti dengan spesifikasi pertengahan. Ia dikuasakan oleh pemproses Mediatek empat teras dengan kelajuan 1.3GHz, ram sebesar 2GB dan juga memori dalaman 8GB. Ia memiliki skrin sebesar 5-inci LTPS HD 720p. Ia juga didatangkan siap dengan Android 4.2 Jellybean. Dua mikro-sim kad boleh digunakan di dalam Honor 3C dan memori dalamannya boleh ditambah melalui slot mikro-sd.
Kamera utamanya mampu menangkap gambar pada 8 megapiksel, manakala kamera hadapannya sangat sesuai utuk penggemar selfie masakini, kerana ia mampu menangkap gambar pada 5 megapiksel. Kamera hadapannya juga memiliki lensa lebih lebar, ini memudahkan untuk menangkap gambar selfie dengan lebih ramai orang. Huawei memberi nilai tambah kepada kamera ini apabila memasukkan fungsi menangkap gambar dengan arahan suara sahaja, sangat sesuai untuk selfie dengan tongkat monopod.
Manakala Xiaomi Redmi 1S yang akan dijual di Malaysia berbeza dengan versi asal Redmi atau dikenali dengan Hongmi di China. Redmi 1S adalah versi yang dipertingkatkan. Ia dilengkapi CPU Qualcomm Snapdragon 400 4-teras berkelajuan 1.6GHz dan dipadankan dengan GPU Adreno 305. Memori dalamannya sebesar 8 GB manakala RAM pula 1GB. ia dilengkapi slot mikro-SD yang membolehkan penambahan memori sehingga 64GB.
Bahagian depan Redmi 1S memaparkan Skrin Redmi 1S sebesar 4.7-inci. Ia menggunakan paparan IPS yang membolehkan skrin dilihat sehingga sudut 178° dari tepi. Ia menyokong resolusi HD setinggi 1280×720 yang membawakan kepadatan 312 ppi.
Kamera belakang Redmi 1S mampu menangkap gambar sehingga 8MP manakala kamera hadapan 1.6MP sahaja. Spesifikasi ini mungkin tidak sehebat mana, tetapi cukup untuk mengambil gambar yang jelas pada suasana terang.